Sunday, June 14, 2009

Kemaafan

Sebenarnya hatiku sedang sakit dan marah kepada seseorang. Namun begitu, aku sedar kemaafan itu merupakan satu dendam yang terindah. Walaupun hatiku tidak dapat melupakan perbuatannya, namun hati kecilku mengatakan maaflah, demi kesihatan dirimu. Aku boleh memaafkan tetapi engkau tidak layak menjadi sahabatku. Syukur kerana pada saat kekecewaan ini aku ada Allah tempat aku mengadu.Sakitnya hati apabila kebaikan dibalas dengan kejahatan.Hanya kepada Allah tempat kumengadu.

Saturday, June 13, 2009

cuti sekolah

Banyak perkara yang aku rancangkan sepanjang cuti pertengahan tahun ini tidak dapat dilaksanakan. Terasa masa berlalu dengan sia-sia. Rasa ingin marah kepada diri sendiri kerana tidak menghargai masa. Entah apa silapnya sehingga aku merasakan malas untuk melakukan perkara yang sepatutnya aku lakukan. Mungkin keazaman aku tidak cukup kuat. Kenapa ya!. Aku perlu membuat postmortem.Aku teringat kata-kata orang alim iaitu seandainya hubungan kita dengan Allah baik, maka hubungan dengan manusia pun akan baik. Kekadang aku terfikir, sempurnakah amalanku selama ini?.

Thursday, June 11, 2009

Waktu pagi

Aku suka bangun pada waktu pagi. Di sini kutemui suatu ketenangan. Waktu pagi juga memberi kesempatan untuk aku menilai kekuatan dan kelemahan diriku. Sehingga sekarang aku masih lagi cuba menerapkan nilai disiplin dalam hidupku kerana aku tahu insan yang berjaya ialah insan yang mempunyai nilai disiplin yang tinggi iaitu orang yang dapat menguasai dirinya sendiri. Membuat sesuatu yang perlu dilakukan walaupun dia tidak menyukainya. Aku paling tidak suka akan orang yang suka marah-marah atau moody. Walau setinggi manapun pangkat atau pendidikan mereka, sebenarnya mereka bukanlah seorang yang hebat kerana tidak dapat menguasai diri sendiri. Aku respect pada orang yang memaafkan ketika dia berdaya membalas kejahatan orang lain, merendah diri ketika dia berkuasa. Inilah pendapat diriku.

Rumahku



Rumahku yang telah siap, tetapi belum ditatahias lagi. Sesungguhnya rumah itu ialah syurgaku.

Diriku


Dalam hidup ini kita harus berani mencuba. Setelah membaca blog orang lain, hatiku teringin juga untuk mencuba mencipta blogku sendiri. Jadi....inilah hasilnya. Blogku yang pertama.
Gambar ini merupakan rumahku yang belum siap diambil pada tahun 2005.